Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


03 September 2010

Selamat Bercuti dan Salam Aidilfitri...




Selamat bercuti kepada rakian2 guru yang mula bercuti mulai hari ni..kepada rakan2 di IPGM Kampus Keningau, selamat bercuti juga...hati2 di jalan raya dan di udara...hehehe..





Bagi rakan2 yang akan menyambut Hari Lebaran pada minggu hadapan, Salam Aidilfitri diucapkan..semoga Allah menerima ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini, dan memberikan kegembiraan dan kebahagiaan buat kita selamanya..insyaAllah....

06 August 2010

Akhirnya...

Salam..

Alhamdulillah...akhirnya atas kesempatan yang ada, mampu gak aku updateang blog ni..sorilah kepada mereka2 yg rajin jenguk blog ex-pismk-oum ni...bukan tak nak update, tetapi sibuk memanjang..

kepada kawan2 yg lain..apa citer sekarang..kalo dah hilang nombor contact member2 kita, post aje kat sini..insyaAllah kita akan masih berhubung..

kepada kawan2 di IPGM Keningau, ada maklumat2 terkini bagitaula..rindu betul nak jumpa ramai2..tak taula bila dapat bertemu lagi.

apa2pun..aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada kawan2 muslim, semoga ibadah puasa kita tahun ini diterima Allah..Sekian sahaja tazkirah bulanan daripada Al-Fadhil Ustaz Abdullah Sanim (hehehhehe)..

ikhlas,
fizkitis@epi



16 May 2010

Guru Pembina Negara Bangsa

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik terutamanya semua warga IPGM Kampus Keningau, Kampus Islam Bangi, Kampus Raja Melewar Seremban. Tanpa kalian semua siapalah kami......


GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


08 May 2010

Sekitar Konvokesyen Khas PISMK-OUM

Salam mesra buat semua.. harap maaf sebab dah lama tak update blog ni.. tak tau la mana encik n cik moderator yang lain....tapi harap semua sihat...walaupun telah lama sempurna majlis tersebut tapi belum ada lagi gambar yang di post di sini.. so dengan senang hati marilah kita sama-sama tengok gelagat para graduan......hehheheh


Cuba cari siapa yang jadi ketua kat sana...ahaha



Moment To Remember

30 January 2010

PENGUMUMAN MAJLIS KONVOKESYEN KHAS OUM - 18 MAC 2010




PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN PISMK-OUM (KS) DARIPADA JPA MALAYSIA!!!

Salam. Lama jugak nampaknya blog kami ni tak di update. Mesti ramai yang tertanya-tanya, hidup lagi ka diorang ini ha3. Untuk pengetahuan kami semuanya sihat-sihat belaka. Saya sendiri pun macam tak terlajak sihat nampaknya ha3.

Sebenarnya semua kami sangat-sangat sibuk dengan urusan di sekolah hu3. Seperti menyanyi bersama murid-murid, menanda buku, menulis rekod pengajaran, makan di kantin, bersantai di padang,kokum dll yang amat panjang untuk dinyatakan di sini.

BERIKUT ADALAH PERINCIAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN PISMK-OUM (KS) YANG DIPEROLEH DARIPADA LAMAN WEB WWW.JPA.COM.
PESANAN KEPADA GENG2 OUM, JANGAN RISAU-RISAU LAGI LEPAS PASAL PENGIKTIRAFAN PROGRAM KITA DARIPADA JPA. KALU ADA LAGI LEPAS NI INDIVIDU-INDIVIDU YANG BANYAK SANGAT TANYA, SURUH DIORANG CHECK SENDIRI KAT LAMAN WEB JPA HA3.

ALHAMDULILLAH.....



By : mozas86

05 January 2010

Apa khabar cikgu2 semua??..

salam..

apa khabar cikgu2 pismk-oum yang mula bertebaran bertugas di sekolah rendah mulai 4 Januari lalu?..terlalu banyak sangat perbezaan ketika belajar dan bekerja ni..kepada kawan2 semua, kongsi2kan pengalaman korang tu di sini...

kepada rakan2 di IPGM Kampus Keningau, teruskan belajar dan kutiplah seberapa banyak pengetahuan yang korang perolehi di IPGM. semuanya tu menjadi panduan terlalu berharga apabila korang mula memasuki sekolah nanti..

kepada semua pengunjung yang setia mengikuti blog ini, maafkan saya dan moderator yang lain kerana tidak berkesempatan mengemaskini blog ni beberapa minggu yang lepas. maklumlah sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kerja yang bertimbun..

apa2 maklumat terkini, akan kami update dari semasa ke semasa....

salam..

26 December 2009

Berterbangan di Seluruh Malaysia

Bakal2 cikgu..apa khabar semua?mungkin kebanyakan dari kita dah tau kan posting kat negeri mana..insyaAllah mulai tahun depan ni..kita semua akan bertaburan di seluruh pelusuk negeri untuk menabur bakti sebagai seorang guru..secara peribadi..sedih juga bila dah x jumpa korang semua..



ni peta malaysia..tahniah untuk kawan2 yang dapat tempat yang di mohon..buat yang x dapat..banyak2 sabar k..mungkin dah rezeki kita di sana..buat informasi..aku cuba senaraikan negeri2 tempat posting kawan2 yang lain..rasanya setakat ni paling ramai dapat di Sarawak..huhu

Marina - Sarawak (Miri)
Cahya - Sarawak (Bintulu)
Inuth - Sarawak (Miri)
Santi - Sarawak (Kapit)
Adriana - Labuan
Rosli - Labuan
Anim - Labuan
Musa - Pahang
Sanim - Pahang
Akmal - Penang
Zack - Sabah
Mas -Sarawak (Miri)
Kaka -Sarawak (Kapit)
Ujie -Sarawak (Miri)
Clarice - Sarawak (Kuching)
Nasir -Sarawak (Sri Aman)
Lee -Sarawak (Mukah)
Epi -Pahang
Shima -Sarawak (Kuching)

Nama - nama yang bertanda soal tu aku xtau posting mana..nnt inform2 k kat blog ni..please keep in touch..senarai nama sekolah insyaAllah keluar dalam minggu ni..sama2 laa kita berdoa semoga dapat tempat bertugas yang baik..yang menjanjikan kejayaan untuk kita semua..

Untuk semua..pandai2 jaga diri di negeri orang..adios~

Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png